Kami merupakan pengeluar dan pemborong kuih raya sejak dari tahun 1990'an dan sehingga kini masih lagi menganggap kuih raya merupakan perniagaan yang berpotensi tinggi dan mampu memberi pulangan yang lumayan. Anda di alu-alukan untuk menyertai kami.
 

Pengenalan

Kami merupakan pengeluar dan pemborong kuih raya sejak dari tahun 1990'an dan sehingga kini masih lagi menganggap kuih raya merupakan perniagaan yang berpotensi tinggi dan mampu memberi pulangan yang lumayan. Pada mulanya, perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan dan perniagaan ini merupakan perniagaan keluarga dan dipasarkan kepada keluarga juga sahabat terdekat sehingga perniagaan ini berkembang dan bertahan lama dipasaran.

Pada masa kini, perkhidmatan kami sedang meliputi ke seluruh Malaysia dan akan berkembang ke negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia serta lain-lain.

Apa yang menjadi kekuatan dan kelebihan kepada kami ialah tawaran harga yang rendah tetapi bermutu tinggi yang tidak mungkin anda miliki di mana-mana walaupun dengan membuat sendiri.

Seperti mana yang disebutkan tadi, perniagaan ini berkonsepkan kekeluargaan yang lebih mementingkan perhubungan kerana perniagaan ini bukan semata-mata untuk setahun tetapi bertahun-tahun malah berterusan sampai bila-bila.

Kami menawarkan harga yang istimewa khusus untuk pelanggan kami yang berminat menjadi pengedar untuk memasarkan kuih raya ini kepasaran yang lebih luas. Ada 2 kategori yang disediakan :

Pengedar VIP

* Pengedar VIP merupakan pengedar yang telah berdaftar dengan kami dan akan diberi harga kuih raya pada kadar istimewa dan terbaik.

* Tiada pembelian secara minimum ataupun terhad.

Pengedar Biasa

* Menerima harga kuih raya mengikut pasaran semasa tanpa menerima harga istimewa.

* Pembelian minimum ialah 2 kotak (48 bekas)

Kepada anda yang berminat untuk menjadi pengedar kuih raya pastikan anda menjadi Pengedar VIP bersama kami kerana anda akan mendapat manfaatnya pada setiap tahun dan keuntungan anda juga pasti berlipat kali ganda.

0 comments:

Post a Comment